Tuesday 7 June 2011

VAN TANPA PEMANDU

salam dan selamat sejahtera,kisah ni berlaku 7 tahun lalu...

HANTAR KAWAN BALIK KAMPUNG....
 Pada malam tu ada sorang akak tempat keje aku mintak tolong hantar dia balik kampung,kampung dia taklah jauh sangat dari tempat keje kami dalam sejam setengah je,
so aku ajak ar sepupu aku pergi hantar akak tu sebab dia ada kerete,malam tu lepas hbs keje dalam jam 10,kami pon bertolak masa dalam perjalanan tu semuanya ok je,kami pon sampai rumah akak tu pada jam 11.15 malam jalan lengang tak banyak orang so cepat ar sampai...

MAKAN...
 Kami ingat dah anta akak tu kami nak terus balik maklom ar dah lewat esok nak kerja,tp akak tu ajak masuk makan dulu sebab mak dia dah masak,mula2 tu nak tolak jugk tp kesian pulak orang dah siap hidang,so kami pon naiklah makan dulu,dah siap makan tu kami berbual2 ar dengan makcik tu sedar tak sedar dah 12 lebih so kami pon mintak diri nak balik tapi mak akak tu suruh kami bermalam kat umah dia je sebab dah lewat,tapi kami nak balik jugak segan tido rumah orang...tapi masa nak balik tu tah macam mana tah kereta sepupu aku leh pulak termasuk longkang depan rumah akak tu mujurlah tak dalam,dah puas tolak kete tu so lepas ar dari longkang tu so kami pon balik...

JALAN SUNYI....
 Masa balik tu jalan sunyi je takde org sangat seram pulak rasa,kiri,kanan hutan yang sepupu aku ni penakot so aku saje ar takot2kan dia dengan cerita hantu,masa tu aku gelak je kat dia,tiba2 ketawa aku dihentikan dengan 1 kejadian yang aku tak bolh lupakan,masa 2 aku tak perasan pon ada van belakang kereta kami,sebab takde lampu pon sedar2 van tu dah ada sebelah kereta kami van tu buruk sangat cermin pon takde,setakat cermin dengan lampu tu takde aku tak heran lagi tengok keadaan van tu pun uzur je,yang paling mengejutkan aku van tu tiada pemandu,dengan laju van tu potong kereta kami dan hilang....

No comments:

Post a Comment