Tuesday 7 June 2011

SERAM!! KISAH BENAR

salam dan selamat sejahtera,apa yang aku nak cerita ni memang susah nak percaya tapi ia benar2 belaku pada aku 16 tahun lalu...

BULAN PUASA....
 Masa tu tinggal lagi berapa hari je lagi nak raya,mak aku dah sibuk suruh aku ngemas rumah dan laman rumah,pada petang tu mak aku suruh aku dan abang aku meyapu di laman depan umah,
aku apa lagi dah bulan puasa tak larat yelah masa tu umur aku baru je 8 tahun,aku bagilah alasan letih aku cakap nak menyapu malam,padahal mak aku tahu aku ni penakot nak keluar rumah malam2,
hehehehe aku ingat dah selamat dah alasan aku tu(padahal aku malas sebenarnya)..

MALAM KEJADIAN..
 Pada malam tu selepas berbuka puasa aku ingat nak rehat,tapi tiba2 mak aku bising sebab aku tak sapu laman rumah lagi,adoi aku ingat mak aku dah tak ingat dah rupanya kene jugak,
aku dengan berat hati campur takut,aku pun ajaklah abang aku menyapu laman rumah malam tu,
masa tu kat depan umah aku ada 1 je penyapu so aku gilir2 ngan abang aku,tapi aku rasa lambat pulak nak siap(padahal takut) so aku suruhlah abang aku ambik 1 lagi penyapu kat belakang rumah,abang aku ni berani sikit..

PENEMUAN YANG TAK DISANGKA...
 Selang berapa minit abang aku pergi ambik penyapu,aku tengok dia lari macam kene kejar ngan hantu,so aku tanyalah kenapa,dengan tercungap2 dia cerita masa dia ambk penyapu tu ada dua bayang2 lalu sebelah dia,1kecik 1besar,bayang2 tu berhenti sebelah dia bila dia tengok bayang2 tu lari menembusi pokok2 kat belakang rumah aku...
aku cuma gelakkan dia dan cakap dia takut,aku cakap kat dia,ustaz cakap bulan puasa mana ada hantu.

LIHAT DENGAN MATA SENDIRI...
 Abang aku dengan marahnya terus sambung menyapu sambil cakap "kene kat ko baru tahu"..
aku cuma senyum mengejek,aku pon sambung menyapu,selang 15minit lepas tu aku rasa lenguh pinggang maklom ar penyapu pendek so terbongkok2 ar aku meyapu,so aku luruskan badan aku dan aku toleh ke belakang,tak aku sangka aku dikejutkan dengan suatu yang sangat menakotkan aku,nak tau apa??? ya apa yang aku nampak tu hantu,lembaga putih,terapung memegang sebatang lilin dan apinya tegak saje seolah2 xde angin yang tiup,yang paling mengerikan mata sebelah kanan lembaga tu terkeluar,aku hampir2 tak percaya dan lembaga tu hilang sebaik aku panggil abg aku,so apa lagi macam lipas kudung kitaorang lari masuk rumah..

TAK TAKUT LAGI...
 Selapas kejadian tu aku dah tak takut lagi,dan tak percaya dengan apa yang aku tegok malam tu
orang cakap bulan puasa takde hantu tp benda apa yang aku tengok tu????
ada hikmah semua tu jadi aku dari seorang penakot dah tak takot lagi..dan aku anggap tu balasan sebab tak dengar cakap mak aku menyapu pada petang 2,so keesokan harinya pagi2 lagi aku menyapu hehehehe,kalau menyapu malam takut jumpa lagi lembaga tu,
susahkan nak percaya aku rasa korang pon susah nak percaya tp tulah pengalaman aku yang benar2 belaku...

No comments:

Post a Comment