Wednesday 22 June 2011

Petua Kecantikan

Semua orang inginkan diri yang sempurna,macam-macam prodak yang ada dipasaran sekarang
umtuk kelihatan cantik,ada yang sanggup berhabis ribuan ringgit untuk kelihatan cantik
buat apa habiskan duit amalkan petua ini:-

1 : menghilangkan parut dan jeragat dimuka
~ ambil sedikit cuka getah lumurkan dimuka tggu 10minit gosokkan muka dengan kertas pasir
 ( bergantung pada kulit kalau kulit kasar gunakan kertas pasir yang paling kasar)

2 : mencerahkan kulit
~ ambil sebotol clorox dan cuci muka dengan clorox menggunakan air panas lagi panas lagi bagus

3 : menguruskan badan
~ kurangkan makan nasi gantikan dengan kuaci

4 : menghaluskan kulit
~ ambil 5kg minyak panas dan lumurkan pada kulit,biarkan sampai kulit menggelupas dan hasilnya anda akan dapat kulit baru yang lembut dan halus macam kulit bayi

5 : kulit lebih lembut dan gebu
~ ambil sepekit mauripan (ibu roti) bancuhkan dengan air panas dan lumurkan pada kulit

sampai sini saja petua kecantikan untuk kali ni,kita akan bersama lagi dengan petua yang lain pula
p/s sebarang kesan sampingan dari petua ini ditanggung oleh anda sendiri
sekian terima kasih...

Tuesday 21 June 2011

SOALAN KURANG PANDAI

Orang kata malu bertanya sesat jalan,kalau terlebih tanya banyaklah keluar soalan-soalan yang kurang pandai.
kat bawah ni antara soalan-soalan yang biasa kita dengar

Dipasar....
~ hai g pasar ke beli ikan ke?
= adoi dah taw org pergi pasar memg ar nak beli keperluan dapur takkan nk beli myvi se pulak

2 Bustop....
~ hai tunggu bas ke?
= yaallah dah kat bustop takkan tunggu LRT pulak

3 Car wash
~ cik basuh kereta ke?
= dah nama pon car wash takkan basuh baju pulak..

4 Panggung wayang
~ hai cik adik tengok wayang ke?
= ish3 dah kat panggung wayang memang ar tengok wayang takkan tengok binatang...

5 posman
~ hai bang hantar surat ke?
= aih sah-sah ar abang tu keje posman takkan nak hantar pizza lak...

tulah serba sedikit soalan-soalan yang kurang pandai yang selalu org kita tanya
bak kata pepatah kura-kura dalam perahu,dah tahu tanya pula
eh betul ke pepatah aku ni??? ahhh suka ati akulah pepatah aku hehehehe

Sunday 19 June 2011

ALAHAI CUCU ATUK

cucu hehehe mcm mana leh ada cucu ank pon takde,mcm mana nak ada anak kawin pon belom,
knp blm kawin tak jmpa lg yg sesuai...

cucu ni aku kenal kat muka buku je,walaupon knl kat muka buku,
kami rapat mcm atuk ngan cucu,tak sangka pulak muda2 lagi dah ada cucu
tp ok ar dia selalu wat aku tersenyum..

walaupun bkn cucu btl sekurg2nya aku merasa jd atuk,
yelah nk jd atuk btl tah bila kawin pon belom,
semoga perhubungan ini kekal smpai bila2..

cucu atuk..........

Saturday 18 June 2011

ABAH...

ABAH..
ABD RALIT B ABDULLAH,seorang insan yg paling aku syg,dialah idola aku dan juga hero aku,
aku bangga punyai ayah seperti dia,walaupun aku dibsrkan dgn keluarga yg sederhana dgn hasil ladang getah tp abh tak pernah merungut tuk membesarkan kami adk bradik,dia kuat keluar seawal pg mncari rezeki tuk keluarga tanpa knl erti penat,walaupon kami bkn org seng tp keluarga kami bhgia..

KENANGAN DENGAN ABAH...
banyak kenangan aku dgn abh tp yg paling best kenangan memancing dgn dia,
abh sntiasa bawa aku pergi memncing dan kami bnyk habskan masa b'sama,
kalau ada masa terluang kami mesti pergi memncing tak kira sungai atau laut,
best sangat saat 2......

ABAH SAKIT....
abah dah lama mengidap penyakit kencing manis tp tak teruk,tp aku tak taw abah sembunyikan dari aku smpai ar satu ari aku dpt taw aku risau sgt,abg ni bkn jns yg suka pergi hospital so dia tak pernah jmpa dokter,dia cuma beli ubat di farmasi je....

SEMAKIN TERUK...
bila aku dah meningkat dewasa penyakit abh semakin teruk,abah dah tak larat nak buat keje berat,
mata pun dah tak jelas,puas aku pujuk abah pergi hospital tp abah tak nak,aku risau sgt masa tu sudh puas aku pujuk akhirnya abah pergi jugk,aku rasa tenang sikit,tp sudh terlambat penyakit abah dah makin teruk abh mula kena darah tggi pulak aku semakin risau,2 kali abah ditahan di wad...

PERGI JUA....
setelah 2kali abah masuk wad,akhirnya abah pergi juga tggalkan aku,masa tu aku rasa dunia aku ni gelap je,3 hari aku murung aku rasa hdp aku dah musnah,knp terlalu cpt semua ni terjadi aku blm puas bersama abah,akhirnya aku redha dgn takdirnya,abah dah lama menanggung sakit,skrg biarlah abah rehat  dgn tenang,hmmmm aku merindui saat2 bersama abah,walaupun dah 4tahun abah pergi tp kenangan bersamanya msh segar diingatan....
akhir kata yg dpt aku ucapkan sy SAYANG abah...

Tuesday 7 June 2011

VAN TANPA PEMANDU

salam dan selamat sejahtera,kisah ni berlaku 7 tahun lalu...

HANTAR KAWAN BALIK KAMPUNG....
 Pada malam tu ada sorang akak tempat keje aku mintak tolong hantar dia balik kampung,kampung dia taklah jauh sangat dari tempat keje kami dalam sejam setengah je,
so aku ajak ar sepupu aku pergi hantar akak tu sebab dia ada kerete,malam tu lepas hbs keje dalam jam 10,kami pon bertolak masa dalam perjalanan tu semuanya ok je,kami pon sampai rumah akak tu pada jam 11.15 malam jalan lengang tak banyak orang so cepat ar sampai...

MAKAN...
 Kami ingat dah anta akak tu kami nak terus balik maklom ar dah lewat esok nak kerja,tp akak tu ajak masuk makan dulu sebab mak dia dah masak,mula2 tu nak tolak jugk tp kesian pulak orang dah siap hidang,so kami pon naiklah makan dulu,dah siap makan tu kami berbual2 ar dengan makcik tu sedar tak sedar dah 12 lebih so kami pon mintak diri nak balik tapi mak akak tu suruh kami bermalam kat umah dia je sebab dah lewat,tapi kami nak balik jugak segan tido rumah orang...tapi masa nak balik tu tah macam mana tah kereta sepupu aku leh pulak termasuk longkang depan rumah akak tu mujurlah tak dalam,dah puas tolak kete tu so lepas ar dari longkang tu so kami pon balik...

JALAN SUNYI....
 Masa balik tu jalan sunyi je takde org sangat seram pulak rasa,kiri,kanan hutan yang sepupu aku ni penakot so aku saje ar takot2kan dia dengan cerita hantu,masa tu aku gelak je kat dia,tiba2 ketawa aku dihentikan dengan 1 kejadian yang aku tak bolh lupakan,masa 2 aku tak perasan pon ada van belakang kereta kami,sebab takde lampu pon sedar2 van tu dah ada sebelah kereta kami van tu buruk sangat cermin pon takde,setakat cermin dengan lampu tu takde aku tak heran lagi tengok keadaan van tu pun uzur je,yang paling mengejutkan aku van tu tiada pemandu,dengan laju van tu potong kereta kami dan hilang....

SERAM!! KISAH BENAR

salam dan selamat sejahtera,apa yang aku nak cerita ni memang susah nak percaya tapi ia benar2 belaku pada aku 16 tahun lalu...

BULAN PUASA....
 Masa tu tinggal lagi berapa hari je lagi nak raya,mak aku dah sibuk suruh aku ngemas rumah dan laman rumah,pada petang tu mak aku suruh aku dan abang aku meyapu di laman depan umah,
aku apa lagi dah bulan puasa tak larat yelah masa tu umur aku baru je 8 tahun,aku bagilah alasan letih aku cakap nak menyapu malam,padahal mak aku tahu aku ni penakot nak keluar rumah malam2,
hehehehe aku ingat dah selamat dah alasan aku tu(padahal aku malas sebenarnya)..

MALAM KEJADIAN..
 Pada malam tu selepas berbuka puasa aku ingat nak rehat,tapi tiba2 mak aku bising sebab aku tak sapu laman rumah lagi,adoi aku ingat mak aku dah tak ingat dah rupanya kene jugak,
aku dengan berat hati campur takut,aku pun ajaklah abang aku menyapu laman rumah malam tu,
masa tu kat depan umah aku ada 1 je penyapu so aku gilir2 ngan abang aku,tapi aku rasa lambat pulak nak siap(padahal takut) so aku suruhlah abang aku ambik 1 lagi penyapu kat belakang rumah,abang aku ni berani sikit..

PENEMUAN YANG TAK DISANGKA...
 Selang berapa minit abang aku pergi ambik penyapu,aku tengok dia lari macam kene kejar ngan hantu,so aku tanyalah kenapa,dengan tercungap2 dia cerita masa dia ambk penyapu tu ada dua bayang2 lalu sebelah dia,1kecik 1besar,bayang2 tu berhenti sebelah dia bila dia tengok bayang2 tu lari menembusi pokok2 kat belakang rumah aku...
aku cuma gelakkan dia dan cakap dia takut,aku cakap kat dia,ustaz cakap bulan puasa mana ada hantu.

LIHAT DENGAN MATA SENDIRI...
 Abang aku dengan marahnya terus sambung menyapu sambil cakap "kene kat ko baru tahu"..
aku cuma senyum mengejek,aku pon sambung menyapu,selang 15minit lepas tu aku rasa lenguh pinggang maklom ar penyapu pendek so terbongkok2 ar aku meyapu,so aku luruskan badan aku dan aku toleh ke belakang,tak aku sangka aku dikejutkan dengan suatu yang sangat menakotkan aku,nak tau apa??? ya apa yang aku nampak tu hantu,lembaga putih,terapung memegang sebatang lilin dan apinya tegak saje seolah2 xde angin yang tiup,yang paling mengerikan mata sebelah kanan lembaga tu terkeluar,aku hampir2 tak percaya dan lembaga tu hilang sebaik aku panggil abg aku,so apa lagi macam lipas kudung kitaorang lari masuk rumah..

TAK TAKUT LAGI...
 Selapas kejadian tu aku dah tak takut lagi,dan tak percaya dengan apa yang aku tegok malam tu
orang cakap bulan puasa takde hantu tp benda apa yang aku tengok tu????
ada hikmah semua tu jadi aku dari seorang penakot dah tak takot lagi..dan aku anggap tu balasan sebab tak dengar cakap mak aku menyapu pada petang 2,so keesokan harinya pagi2 lagi aku menyapu hehehehe,kalau menyapu malam takut jumpa lagi lembaga tu,
susahkan nak percaya aku rasa korang pon susah nak percaya tp tulah pengalaman aku yang benar2 belaku...

Thursday 2 June 2011

xbox 360 vs psp go

assalamualaikum dan selamat sejahtera..
aku dalam dilema sekarang untuk buat pilihan sama ada xbox 360 dengan psp go
antara dua tu mana yang lagi best..
psp leh bawak kemana-mana je tapi skrin dia kecik je
xbox 360 plak boleh main kat umah je tapi guna tv besar sikit baru puas


vs
                                                                                                                                                                      
ada sapa-sapa boleh tolong aku buat pilihan tak?
                                                                                                                                                                        

kalau semua pekerja serajin spongebob


kalau semua pekerja-pekerja kat malaysia ni rajin mcm spongebob
nescaya kita akan mencapai matlamat kearah negara maju 2020
kerana dia tak pernah ponteng kerja selalu datang awal dan tak pernah merungut bila disuruh buat kerja...


dia sentiasa tersenyum bila melakukan pekerjaannya,
dia bekerja dengan penuh semangat dan didikasi,
kenapa kita tak boleh contohi spongebob???

jd mulai hari ini lebihkan bekerja kurangkan merungut
barulah kita bolh mintak naik gaji setimpal dengan kerja kita..

kalaulah mr.crab jd menteri kewangan


bayangkan kalau mr.crab jd menteri kewangan...
apa yang akan jadi,kompem ar subsidi semua dah takde,harga barang semua naik
tiada apa yang percuma semuanya duit...duit...duit..duit...





maka pendapatan negara semakin bertambah,
kerana mr.crab pandai uruskan duit,
kerana mr.crab sayangkan duit walaupon duit 1sen
dengan itu negara kita akan menjadi negara maju seiring dgn negara-negara besar di barat


jd sama-samalah kita undi mr.crab anda akan mendapat 1dolar setiap org



majulah mr.crab untuk negara,mr.crab didahulukan pencapaian diutamakan
duit...duit....duit...duit...$$$$$$$$$$

Wednesday 1 June 2011

sepi tanpa kata

hdp ni taklah selalunya indah...
kdg2 aku seperti hidup dlm penipuan,aku pura2 happy,pura2 ketawa dan tersenyum,
tp disebaliknya itu aku terasa teramat-amatlah sunyi,aku seperti mencari-cari dimana keindahan hidup ni
tp seakan-akan aku tidak menemui semua itu....

perlukah aku terus hidup begini,hidup berpura-pura???
atau aku harus terus mencari keindahan hidup ini
hidup dalam kegembiraan,senyum ketawa dengan girang..

aku seperti berdiri ditengah-tengah padang pasir yang luas tiada apa disekeliling aku,
yang ada cuma aku,tiada siapa yang menemaniku,aku seperti layang-layang yg terputus tali yang tiada arah tuju...

aku cuba pergi dikotaraya tempat yang penuh dengan orang sesak..
tapi kehadiran aku seolah-olah tiada siapa yang nampak,tiada siapa yang peduli seperti aku tidak pernah ujud  disitu...

sampai bila aku akan rasa hidup aku begini atau pun satu hari aku akan bertemu juga dengan keindahan hidup yang sementara ini...
haruskan aku terus mencari atau menanti semua itu sampai sekarang aku masih belum bertemu jawapan pada persoalan aku tu
aku akan trus melangkah didalam kesunyian sampailah aku menemui kebahagiaan dan mampu tersenyum dengan penuh kegembiraan

Monday 30 May 2011

aku dan lori

salam,aku dan lori mesti korg pelikkan knp,keje aku driver lori itulah cite2 aku sejak kecil,
pelikkan cite2 aku,ada ke org bercite2 nak jd driver lori? tp tulah aku and tulah jugk harapan arwah ayah aku walaupon dia xsmpt tgk aku capai cite2 aku tu....

aku ngan lori tak dpt dipisahkan sehari aku tak drive lori rasa tak lengkap je hari aku,
tp sekarang aku cuma drive lori kecik je bab tu je yang ada wat masa sekarang,
impian aku 1 ari nanti aku dapat drive lori tangki yg aku idamkan,
aku harap tahun depan bos aku dapat beli sebijik sebab bos aku memang nak beli tanker 2 tak sabar aku nak tunggu saat tu,ni pon tanker bos aku jugk tp dah ada driver so aku tggu yg aku pulak :)

Saturday 28 May 2011

pandu cermat jiwa selamat

hhhmmmm pandu cermat jiwa selamat itulah yg sering diingatkan pd pemandu2 kita,
tp ramai ke yg ambk berat pasal ni? atau pon ia  skdr slogan sahaja?
semakin hari kadar kematian disebabkan kemalangan jln raya semakin meningkat
dimanakah silap pemandu2 kita dijln raya?

spnjg aku keje sebagai driver lori ni dah bermacam2 gelagat pemandu kita yang aku tgk,
ada yg memandu secara melulu,ada pulak yg memotong sesuka hati,ada plak yg menggunakan fon masa memandu,yg tak tahannye bila dah bergayut tu lupa diri,kereta pon slow je macam kura2,tak pasal2 sebab dia sorg jem jalan.

banyak puncanya berlakunya kemalangan ni,
pertamanya sikap pemandu kita yg tak sabar,pandu dengan laju.
ada pula yg nk tunjuk hebat dijalan raya,berlumba nk tunjuk kereta power kot
letih dan mengantuk juga menjadi 1 faktor juga,yelah bila dah drive jauh tu mestilah rasa penat and mata pon ngantuk.

semua tu kita bolh ubah,pertama sekali kita kena ubah sikap kita dulu,
kalau kita lebih peka dlm hal ni and melatih diri kita supaya bersabar jgn memandu mengikot emosi
insyaallah kita dpt kurangkan kemalangan jalan raya,kita kenalah ikot peraturan jln raya,memandu pd had laju yg ditetapkan,satu perkara lg kita kenalah selalu servis kenderaan kita 2 untuk mengelakkan perkara yang tak diingini.

so sama2lah berubah menjadi pemandu yg berhemah..
pandu dgn cermat ingtlah org tersayang
anda mampu mengubahnya..
berhati2 dijalan raya..

Friday 27 May 2011

kereta ohhh kereta

aduhhhh napelah sush sgt nk beli kereta dah b'buln aku tggu..
law ada kereta dpt ar aku blik kpg.....
dah lama xblik kpg,mandi air terjun g pantai
rindunya suasana di kpg,udara nyaman tmbh plak sekrg ni musim buah....
hmmmm
bestnya hrp2 dpt ar  keluar kereta bln nih.... :)